Tapi tak semestinya kita papa kedana disebabkan benda ni. Ikut tips berikut, dan anda boleh jimat sebahagian besar dari perbelanjaan.
Bawak Ja Jan
Biskut, kek, roti, dan semua benda ni - masukkan dalam plastik 'zip', dan bawa kemana-mana. Kita selalu nak beli makanan masa melancong sebab lapar. Kita lapar pun sebab penat berjalan kesana kemari. Makanan Ja Jan ni boleh membantu tolong alas perut.
Bawa Botol Air Kemana-mana
Kalau kita asyik beli air, tanpa disangka-sangka kita dah berbelanja hampir beratus-ratus ringgit disebabkan air saja! Bayangkan kalau satu botol air di negara Eropah mungkin 2 hingga 3 Euro. Kalau sehari 3 kali beli, dah dekat 10 Euro. Itu dah RM50 sehari! Cuba bayangkan kalau seminggu!
Jadi, bawak je botol air. Kat eropah ni air paip selamat nak minum. Kalau ada botol kan senang? Pantang nampak paip je..isi botol tu. Tonggang lah puas-puas.
Cari Pakej
Kadang-kadang, ada pakej-pakej yang lebih murah diambil. Contohnya di Brussels, ada satu pakej bas hop-on, hop-off. Bas tu kita boleh naik dan turun di mana-mana sahaja selama 24 jam. Dan bas tu akan pergi ke hampir semua destinasi terbaik di Brussels. Uih, kalau nak bayar tambang sendiri tu boleh jadi mahal jugal.
Contoh kedua, kekadang ada hostel yang berikan breakfast percuma. (Bukan hotel yang mahal, hostel yang murah-murah pun ada). Buat lah research betul2 semasa merancang trip anda.
Jalan Kaki
Kita orang Malaysia ni...cukup malas bab nak jalan. Asal nak keluar sikit, kena naik kereta. Al maklum la..panas. Tapi semasa melancong, kalau kita jalan kaki, kita akan dapat melihat lebih banyak benda, dan juga jimat sikit tambang bas.
Banyak pengalaman manis saya adalah secara 'tak sengaja' disebabkan jalan kaki. Pernah kena jalan kaki selama 40 minit untuk kembali ke 'camping site'. Tapi pengalaman tu memang takleh lupa!
Beli Makanan di Kedai Runcit
Kat Europe ni, kalau nak makan kat restoran, berpeluh bulu ketiak. Ini antara tips yang paling penting untuk jimat duit. Beli makanan kat kedai runcit. Beli roti, jem, ikan tuna dalam tin, buah-buahan di kedai runcit, atau di sesetengah shopping complex yang ada grocery store. Ha, masukkan semua makanan ni dalam beg, bila dah waktu makan, pergi la hampar kain sarung tu, dan 'picnic' kat tempat-tempat yang best. Lagi seronok.
Rata-rata kalau nak makan di restoran harganya jatuh dalam 7 hingga 15 Euro seorang. Yang halal pun bukannya banyak sangat dalam menu (menu ikan, sayur-sayuran, etc). Kebanyakan dari pengalaman saya makan di restoran..semuanya menyesal! Sebab..dah la bayar mahal...tapi kita takkan dapat tahu sedap atau tidak selagi makanan tak sampai. Sekali tak sedap...menyesal seumur hidup!
Kalau dah desperate sangat takda makanan pun, haa..kat Europe ada banyak gerai Kebab. Kebanyakkannya Halal (tapi ada yang tiada tanda halal). Tengok pada tempat, ada yang 3 Euro, ada yang menjangkau 12 Euro. Jadi tengok-tengoklah tanda harga dulu.
Okay..setakat ni dulu 'Part 1' untuk 10 tips melancong dengan murah. Nantikan 'part 2' kemudian ye.....
Salam.
5 ulasan:
ala jalan 40 minit balik camping site pun kecoh!! hehe
Kalau ke luar negara mmg perlu ada persediaan secukupnya.
Satu lagi kalau nak keluar negara orang pastikan kita tahu rules imigration ngan kastam dorang..kalau x alamat berjam jam lah kat emegrisen..
Assalamualaikum saya dan keluarga ke eropah dengan mahira travel and tours sdn bhd. Diaorg ni alhamdulillah bagus perancangan waktu dan tempat.memang sgt enjoy.tak rasa mcm ikut tour company sebab layanan yg diberikan umpama mcm keluarga je. Memang best. Boleh contact office mereka di kl 0362765610
Perkongsian yang sangat bermanfaat bagi mereka yang berminat ke sana...
Catat Ulasan